Ibu Nasihati Misha Kahwin Untuk Elak Fitnah

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar menjelaskan pada awalnya dia agak keberatan untuk melangsungkan perkahwinan dengan Firos Ezzwan Rossly, 32, dalam masa terdekat selepas kematian bapanya Omar Ismail pada 30 November lalu.

Bagaimanapun, Misha atau nama sebenar Samihah Omar, 32, berkata, dia menghormati keputusan ibunya Zainab Mat Nor, 65, yang mahu perkahwinan tersebut tetap diteruskan pada tahun ini bagi mengelak timbulnya banyak fitnah.

"Saya menghormati keputusan ibu yang tidak mahu kami tangguhkan lagi perkahwinan ini, namun begitu biarlah ibu dia tamat tempoh edah iaitu sehingga April depan.

"Kalau ikutkan, saya masih lagi bersedih dan belum kuat untuk berumah tangga buat masa ini tapi ibu tidak mahu timbul sebarang fitnah kalau ia ditangguhkan lagi," katanya kepada mStar Online dalam satu majlis minum petang di Restoran Delicious, di sini, Selasa.

Pada majlis tersebut, Misha membuat pengumuman majlis pernikahannya akan diadakan pada Mei depan di Kota Bahru, Kelantan.

Namun begitu, katanya, Majlis pernikahan dan persandingan tersebut akan diadakan dalam keadaan sederhana atas permintaan ibunya.

Dalam pada itu, kata Misha, Allahyarham bapanya telah lama merestui hubungan mereka.

"Majlis akan diadakan hanya satu hari sahaja dalam skala yang kecil untuk keluarga terdekat sahaja, ini juga adalah permintaan ibu.

"Majlis di Kuala Lumpur untuk pihak lelaki akan diadakan juga namun masih belum ditetapkan tarikh sebenar," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang tajaan, Misha berkata, dia tidak mengharapkan sumbangan mana-mana pihak untuk majlis perkahwinan tersebut. Apa yang lebih penting majlis sederhana tersebut berjalan lancar seperti yang diharapkan.

"Saya tidak terfikir tentang tajaan kerana majlis saya dibuat secara sederhana sahaja. Buat masa ini hanya kawan-kawan terdekat yang menghulurkan bantuan mereka seperti tajaan busana daripada Syaiful Baharim," ujarnya.

Sementara itu, Firos pula berkata, sepanjang tempoh pertunangan mereka selama dua tahun dia kagum melihat bagaimana Misha berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam hidup.

Dia juga tidak pernah sesekali meragui tunangannya itu biarpun pelbagai khabar angin tersebar yang boleh menjejaskan hubungan mereka.

"Apa yang penting saya percaya kepada dia. Apa juga khabar angin tentang dia terutamanya gosip kononnya dia pernah kahwin sebelum ini, saya tidak pernah ambil peduli kerana saya lebih kenal dia," katanya.

Misha dan Firos Ezzwan Rossly mengikat tali pertunangan pada 21 Februari 2012.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan