Alyah Insaf Pertama Kali Jejak Kaki Ke Aceh

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Inilah Rumah Aceh
Inilah Rumah Aceh

PETALING JAYA: Penyanyi Alyah berasa insaf pertama kali menjejakkan kaki ke Aceh, Indonesia dalam percutiannya ke negara itu minggu lalu.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, berkata, perasaan itu timbul selepas dia dibawa melawat ke Manggal Siron iaitu lokasi pengebumian 46,718 ribu mangsa yang terkorban dalam kejadian Tsunami pada 26 Disember 2004.

“Ketika menunaikan solat di ruang solat kawasan perkuburan itu, tiba-tiba saya terdengar bunyi kicauan burung yang menyebabkan hati saya benar-benar sayu memikirkan macam mana mangsa Tsunami itu berusaha untuk menyelamatkan diri sebelum mereka terbunuh,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Alyah menyertai syarikat penerbangan AirAsia dalam percutiannya ke Aceh bermula 30 Januari sehingga 2 Februari lalu.

AirAsia memperkenalkan penerbangan setiap hari ke bandar itu sejak November 2007 dengan pelbagai tambang promosi pergi balik.

Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit dari Terminal Tambang Murah, LCCT.

Alyah memberitahu, Aceh yang turut diberi jolokan sebagai Serambi Mekah mampu membuatkan rakyat Malaysia berasa syukur kerana dilahirkan di negara ini.

Katanya, kesan bencana Tsunami yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda dapat dijadikan sebagai iktibar agar masyarakat lebih menghargai negara sendiri selain ia memperlihatkan kebesaran Allah.

“Saya percaya, kalau kita datang ke Aceh, kita akan menjadi lebih merendah diri selepas melihat kesan akibat bencana itu yang mungkin juga boleh terjadi di Malaysia,” katanya.

Menurut Alyah, selama ini dia hanya menonton kesan Tsunami Aceh itu di televisyen dan apabila melihat peninggalan bencana berkenaan depan mata, ia memberi satu pengalaman yang harus dikenang sepanjang masa.

Katanya, kejadian bagaimana bot yang dibawa arus sehingga berada di atas bumbung rumah di Lampulo serta kapal jana kuasa yang beratnya 780 hanyut ke daratan adalah pengalaman luar biasa yang harus diteladani.

“Saya kagum penduduk Aceh mampu bangkit membangunkan semula negeri mereka selepas kemusnahan. Malah, pengajaran yang kita dapat betapa Allah itu penyayang kerana Dia memberikan pula kesenangan dengan aktiviti pelancongan semakin bertambah selepas kejadian itu.

“Malah, proses damai antara puak Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan kerajaan Indonesia juga dapat dilakukan selepas Tsunami. Ia hikmah selepas terjadinya musibah,’ kata Alyah.

Istimewanya penduduk di wilayah itu juga bersopan apabila kebanyakan wanita Islam diwajibkan bertudung selain pemerintahnya mengamalkan undang-undang Islam termasuk merotan pasangan khalwat depan khalayak

Sepanjang tiga hari berada di Aceh, Alyah turut berpeluang melawat dua buah masjid yang terselamat daripada bencana Tsunami iaitu Masjid Baiturrahman serta Masjid Baiturrahim.

Turut dikunjungi ialah Muzium Tsunami, Muzium Putroe Phang, serta Pulau Weh.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan