Misha Omar Nikah Mei Tanpa Hantaran Berjenama

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Misha Omar dan tunangnya Firos Ezzwan Rossly.
Misha Omar dan tunangnya Firos Ezzwan Rossly.

PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada Mei depan bersama juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, 32, berkata, dia yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari ini terpaksa menangguhkan perkahwinan itu bagi menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November lalu.

"Insya-Allah kami akan berumah tangga pada bulan Mei ini namun tarikh sebenar akan diberitahu selepas kad jemputan siap untuk diedarkan.

"Kami terpaksa menangguhkan perkahwinan pada sehingga Mei depan bagi menghormati tempoh habis edah ibu saya pada minggu kedua April.

"Ia juga sebagai mengambil keberkatan bulan Rejab dalam kalender Islam," katanya kepada media pada majlis minum petang di Restoran Delicious, One Utama, di sini, Selasa.

Sementara itu, Misha berkata majlis pernikahan dan resepsi akan dijalankan secara serentak di Kota Bahru, Kelantan dalam keadaan sederhana.

Katanya, kedua-dua pihak juga bersetuju menyerahkan hantaran lima dulang berbalas lima tanpa barangan berjenama dan wang tunai.

"Adat masyarakat Kelantan tiada wang hantaran tetapi hanya mas kahwin. Bagaimanapun saya telah meletakkan syarat bahawa tidak mahu wang tunai.

"Begitu juga sebarang barangan berjenama sebagai hantaran, bagi saya itu tidak penting, sebaliknya saya mahu barang yang boleh dikenang dan menjadi simbolik kepada perkahwinan kami," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut tunangannya Firos Ezzwan Rossly.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan