Didie Alias Kongsi Rahsia Mengandung Dengan Rozita Che Wan

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Didie sedang hamil empat bulan pada usianya 41 tahun.
Didie sedang hamil empat bulan pada usianya 41 tahun.

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Didie Alias memberitahu ada memberikan beberapa tip kepada aktres Rozita Che Wan sekiranya wanita itu berhajat untuk mengandung walaupun sudah mencecah usia 41 tahun.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta meminta pendapatnya mengenai perkara tersebut dan teruja dengan berita kehamilannya.

"Che Ta adalah antara rakan artis yang teruja dengan berita kehamilan saya kerana dia juga ingin hamil selepas berkahwin dengan Zain Saidin.

"Jadi pelbagai perkara yang dia bertanya kepada saya memandangkan usia kami yang hampir sama," katanya kepada mStar Online.

Didie sebelum ini mendedahkan dia sedang hamil empat bulan hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Norisham Ismail yang dikahwininya pada tahun 2009.

Pelakon sejak era 80-an itu sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor, Ridzuan Hashim dan mempunyai lima orang hasil perkahwinan.

Dalam perkembangan sama, Didie berkata, dia banyak berkongsi mengenai tip kesihatan dan kebaikan mengamalkan makanan tambahan dalam membantunya hamil.

Jelas Didie, dia turut menjelaskan kepada Rozita mengenai kepentingan untuk mengetahui risiko yang dihadapi wanita mengandung pada usia lewat.

"Saya sendiri sedang mengharungi kehamilan pada usia sebegini dan sedikit sebanyak dapat saya kongsi dengannya walaupun tidak banyak," katanya.

Sementara itu, walaupun sibuk dengan aktiviti lakonan dan menguruskan perniagaannya iaitu Hitham dan bengkel S4M Motorsports 'Big Bike Garage', Didie bertuah kerana banyak pihak tampil membantunya bagi memastikan perniagaan itu berjalan lancar.

"Suami paling prihatin dan sentiasa menjaga saya dan tentang perniagaan saya tidak perlu risau kerana anak saudara dan sahabat baik saya ringan tulang membantu menguruskan hal-hal pengurusan," jelasnya.

Tambah Didie, dia juga turut merancang mengeluarkan rangkaian pakaian khas untuk wanita mengandung seusianya menerusi label fesyennya, Hitham dalam masa terdekat ini.

"Duduk tidak buat apa-apa pun bosan juga jadi saya sentiasa sibukkan diri dengan pelbagai perkara dan rangkaian pakaian wanita mengandung dalam perancangan saya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan