Hazuri Sering Dikaitkan Dengan Tegar

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi baharu hazuri sering disangka Tegar
Penyanyi baharu hazuri sering disangka Tegar

PETALING JAYA: Penyanyi baharu kelahiran Youtube Hazury Harith yang baharu berusia 9 tahun mengakui sering dikaitkan dengan penyanyi Indonesia, Tegar, berikutan kebolehan dalam bermain muzik dan menyanyi pada usia muda.

Bagaimanapun, Hazury berkata dia membawakan genre nyanyian yang berbeza daripada penyanyi Indonesia tersebut.

"Saya boleh menyanyikan pelbagai jenis genre, bagaimanapun saya lebih selesa dan meminati lagu berentak rock.

"Selain itu juga, saya juga sering menyanyikan lagu berbahasa Inggeris dan Arab," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi yang kini berada dibawah naungan KRU Muzik ini telah merakamkan single pertama berjudul Warisanmu ciptaan Yusry Abdul Halim yang dibuat khas untuk Hazury.

Lagu tersebut tentang kasih sayang antara anak dan bapa serta ikatan kekeluargaan.

Lebih menarik lagi, ia disampaikan dengan loghat Terengganu yang mana mampu menarik perhatian ramai dengan keikhlasan penyampaian kanak-kanak berbakat ini.

Hazury juga sudah merakamkan tiga buah lagu bersama KRU Music termasuk Penghibur Jalanan yang bakal dikeluarkan selepas Warisanmu.

Lagu Warisanmu akan dimuat-naikkan secara rasmi di rangkaian Youtube KRU Music pada 5 Februari ini.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan