Wartawan mStar Kahwin Vokalis Kumpulan Coco

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya dengan dua kali lafaz, vokalis kumpulan Coco, Nine akhirnya bergelar suami kepada wartawan hiburan mStar Online, Feride Hikmet Atak, 28, dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Perdana, Keramat Mall di sini pada Jumaat.

Akad Nikah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan, Ismail Ab Rahman@Abdul Manan kira-kira pukul 8.30 malam dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Hikmet Atak.

Nine atau nama sebenarnya Zulqarnain Jaafar, 33, memberikan mas kahwin sebanyak RM4,000.

Dalam pada itu, rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang hantaran pihak lelaki ialah beg tangan, kasut, telekong, headphone, Al-Quran, mandian, dan sirih junjung.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah baju kemeja, sirih junjung, sejadah, kasut, beg tangan lelaki, manisan, coklat, mandian dan buku.

Pasangan yang bercinta hampir lapan tahun ini mengikat tali pertunangan pada 2 Jun 2013.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan