Yasmin Hani Tepis Kononnya Syok Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 30 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yasmin Hani
Yasmin Hani

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Yasmin Hani menepis tuduhan dikatakan ‘syok sendiri’ apabila menyertai rancangan Selebriti Materniti, terbitan Blublack Production milik suaminya.

Selebriti Materniti merupakan sebuah dokumentari memaparkan pengalaman Yasmin dan suaminya, Sha'arin Razali menyambut kelahiran anak sulung mereka, Noah Ismail Wong, yang kini sudah berusia tiga bulan.

Yasmin, 35, berkata, program itu diterbitkan untuk berkongsi pengalaman serta informasi berguna kepada penonton terutamanya golongan wanita.

"Saya dan suami tidak pernah merancang untuk menerbitkan program tersebut kerana pada asalnya kami mengambil gambar dan video sekadar simpanan untuk ditunjukkan kepada anak kami apabila dia dewasa nanti.

"Idea menerbitkan program itu timbul selepas menyedari rakaman peribadi yang kami rakamkan sendiri sepanjang kehamilan sangat menarik dan berpotensi untuk dikongsi kepada umum dan memberi manfaat kepada orang lain," katanya kepada mStar Online.

Yasmin ditemui pada pelancaran program tersebut yang diadakan di TGV One Utama, di sini pada Rabu.

Program itu bakal bersiaran pada 3 Februari depan pada setiap hari Isnin.

Ia akan disiarkan secara eksklusif di saluran Maya HD pada pukul 9.30 malam.

Dalam pada itu, Yasmin berkata, program itu bakal ditayangkan sebanyak empat episod yang memaparkan pelbagai detik sepanjang kehamilannya seperti 'baby shower', pengalaman mengandung, saat di bilik bersalin, majlis cukur dan aqiqah.

"Setiap wanita mengalami situasi berbeza apabila mengandung dan begitu juga saya.

"Paparan dalam empat episod itu adalah lebih kepada kisah saya di samping informasi berguna bukan sahaja untuk wanita mengandung tetapi orang-orang di sekeliling mereka," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Yasmin berkata, dia menjaga sendiri Noah tanpa bantuan pengasuh dan lebih selesa berbuat demikian.

Tambah Yasmin, dia juga beruntung apabila suaminya sangat ringan tulang membantu menguruskan anak mereka apabila dia keluar bekerja.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan