Trio Nico G Berjuang Angkat Muzik Hip-Hop

Diterbitkan: Rabu, 29 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nico G dari kiri Dino, Nico dan Affa. Foto AZMAN GHANI.
Nico G dari kiri Dino, Nico dan Affa. Foto AZMAN GHANI.

KUALA LUMPUR: Trio hip-hop terkenal pada tahun 1990-an iaitu Nico mengambil keputusan menukar nama kumpulan mereka daripada Nico kepada Nico G kerana ingin memperkenalkan kembali jenama berkenaan kepada peminat.

Salah seorang anggotanya, Affa, 39, berkata, penukaran nama itu membolehkan mereka kekal relevan dan segar dalam bidang muzik yang telah mengalami banyak perubahan sejak 20 tahun lalu.

"Penambahan 'G' iaitu bermaksud 'Group' adalah sebagai simbolik kepada kami yang dahulu hanya bertiga tetapi kini kami mempunyai pengikut yang besar iaitu peminat-peminat kami.

"Perubahan itu bagi saya perlu kerana untuk kekal relevan kami perlu tampil dengan nama, imej dan muzik segar bagi membolehkan peminat menyedari kemunculan semula kami dalam bidang ini," katanya kepada mStar Online.

Nico G ditemui selepas melancarkan single terbaharu mereka berjudul Belia Perwira yang diadakan di Khadijah's Kitchen di sini, Selasa.

Kumpulan yang pernah terkenal dengan lagu seperti Inilah Nasibku, Kaulah Gadisku, Rindu dan Untukmu Sayang itu turut dianggotai oleh oleh Dino dan Nico.

Dalam pada itu, Affa berkata, kebangkitan lagu-lagu berentak rap dan hip-hop di kalangan peminat masa ini telah membakar semangat mereka untuk muncul semula memeriahkan industri muzik sebagai pejuang legenda irama tersebut.

Jelasnya lagi, walaupun telah kembali bersama pada tahun 2010 namun mereka mengambil masa selama empat tahun untuk tampil dengan buah tangan terbaharu bagi memastikan semua perancangan dan strategi yang disusun berjaya menambat hati peminat.

"Kami telah merakamkan 10 buah lagu sepanjang tempoh itu tetapi hanya memilih Belia Perwira sebagai single kerana ingin memastikan produk yang dilancarkan mendapat sambutan daripada peminat.

"Tambahan pula, kami kini bergerak sendiri tanpa pengurusan dan syarikat rakaman jadi semua perkara perlu diteliti dengan betul supaya ia meninggalkan kesan kepada peminat," ujarnya.

Bagaimanapun kata Affa, kerjaya seninya mereka kini lebih tersusun dengan penubuhan Nico G Entertainment yang mula beroperasi sejak setahun lalu.

Sementara itu, Dino berkata, mereka yakin single terbaharu mereka akan mendapat tempat di hati peminat kerana irama dan rentak yang ditonjolkan adalah unik dan terkini selain mengekalkan 'trademark' mereka bertiga.

Malah kata Dino, sejak dilancarkan pada 24 Januari lalu, album single Belia Perwira berjaya dijual sebanyak 1,000 unit menerusi pesanan daripada laman sosial rasmi mereka di Facebook, Twitter dan Instagram.

"Alhamdulillah penerimaan setakat ini cukup baik dan respons daripada peminat rata-rata menyukai lagu tersebut. Kami juga tidak menyangka ia dapat dijual 1,000 hanya dalam masa lima hari," katanya.

Sejajar dengan kemunculan semula, mereka turut melancarkan kelab peminat Nico g Hommiez Malaysia atas rasa terima kasih kepada peminat yang selama ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya.

Malah pelbagai aktiviti telah diatur termasuk Hommiez Day yang bakal diadakan di Lumut, Perak pada 28 Februari depan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan