Heidi Klum Berpisah Dengan Pengawal Peribadi

Diterbitkan: Rabu, 29 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Heidi (kiri) dan Martin bercinta selama setahun sebelum dilaporkan berpisah.
Heidi (kiri) dan Martin bercinta selama setahun sebelum dilaporkan berpisah.

SUPERMODEL terkenal Heidi Klum dilaporkan telah berpisah dengan kekasihnya yang juga pengawal peribadi iaitu Martin Kristen sejak minggu lalu.

Showbizspy melaporkan pasangan itu sebelum ini tidak pernah menunjukkan sebarang keretakan dalam hubungan mereka dan khabar tersebut mengejutkan para peminatnya.

Heidi turut dikatakan tidak lagi menggunakan khidmat lelaki itu sebagai pengawal peribadinya dan hanya menganggap Martin sebagai teman biasa.

Pasangan itu bercinta sejak setahun lalu selepas Heidi mengumumkan penceraian dengan bekas suaminya, penyanyi Seal.

Menurut sumber kepada model itu, Heidi kesal dengan perpisahan tersebut kerana Martin adalah seorang lelaki yang sentiasa mendampinginya dalam apa juga keadaan.

Bagaimanapun baik Martin atau pun Heidi mereka masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung perpisahan tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan