Hafiz Suip Belum Setaraf Siti Nurhaliza

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafiz tidak menganggap dirinya setaraf dengan Datuk Siti Nurhaliza.
Hafiz tidak menganggap dirinya setaraf dengan Datuk Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-28 Hafiz Suip menganggap dirinya terlalu jauh untuk menjadi pengganti kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Hafiz, 24, berkata, masih terlalu awal untuk meletakkan dirinya sebaris penyanyi tersohor itu.

"Masih terlalu jauh untuk saya sampai ke tahap yang diraih oleh Datuk Siti dan saya masih baru dalam industri ini, banyak lagi yang perlu saya pelajari.

"Bagaimanapun, saya tidak menafikan beliau merupakan idola saya dan saya sentiasa menjadikan kejayaan beliau sebagai pembakar semangat kepada saya untuk sampai ke tahap yang lebih baik," katanya kepada mStar Online.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Anugerah Juara Lagu ke 28, di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam Ahad lalu.

Pada acara itu, lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri nyanyian Hafiz iaitu Bahagiamu Deritaku dipilih sebagai juara AJL 28.

Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 dan trofi.

Hafiz turut memenangi Persembahan Terbaik yang melayakkannya mendapat RM10,000.

Dalam pada itu, Hafiz sentiasa berpegang kepada nasihat keluarga agar tidak mudah bersikap sombong dan riak dengan kejayaan yang dikecapnya.

Mengulas tentang lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz berkata lagu tersebut mempunyai kekuatan daripada segi melodi dan lirik yang dihasilkan.

Dia juga berkata, ketelitian komposer LY semasa proses rakaman lagu tersebut turut menyumbang kepada hasil yang terbaik.

"LY seorang yang sangat teliti dan dia akan suruh saya rakam sehingga dia rasa benar-benar terbaik. Dia seorang yang tahu apa yang dia inginkan dalam sesebuah lagu itu," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan