Macklemore & Ryan Lewis Bawa Pulang Empat Trofi Anugerah Grammy 56

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasangan penyanyi Ryan Lewis (kiri) dan Macklemore menerima anugerah Artis Baru Terbaik pada Anugerah Grammy Ke-56 yang berlangsung di Los Angeles, California.
Pasangan penyanyi Ryan Lewis (kiri) dan Macklemore menerima anugerah Artis Baru Terbaik pada Anugerah Grammy Ke-56 yang berlangsung di Los Angeles, California.

ANUGERAH Grammy yang sedang berlangsung di Staples Center, Los Angeles menyaksikan kumpulan rap, Macklemore dan Ryan Lewis mendahului senarai pemenang apabila menerima empat anugerah termasuk Artis Baru Terbaik.

Kumpulan itu turut mendomonasi kategori Rap/Hip Hop apabila memenangi anugerah Album Rap Terbaik, Persembahan Rap Terbaik dan Lagu Rap Terbaik menerusi Thrift Shop.

Sementara itu kumpulan Daft Punk pula menerima anugerah utama iaitu Album Terbaik (Random Access Memories) dan Lagu Terbaik (Get Lucky).

Kumpulan virtual itu turut menerima satu lagi anugerah iaitu Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik bersama Pahrell William menerusi lagu sama.

Mengikuti rapat pasangan duet itu adalah Justin Timberlake yang mendapat tiga anugerah setakat ini menerusi kategori Kolaborasi Rap Terbaik bersama Jay-Z menerusi lagu Holy Grail.

Penyanyi berusia 33 tahun itu turut menggondol trofi menerusi kategori Video Muzik Terbaik (Suit & Tie) dan Lagu R&B Terbaik (Pusher Love Girl).

Pemenang lain adalah Alicia Keys, Album R&B Terbaik (Girl On Fire), Rihanna, Album Urban Kontemporari Terbaik (Unapologetic) dan Unorthodox Jukebox daripada Bruno Mars sebagai Album Pop Terbaik.

Manakala, penerbit terkenal Pharell William dianugerahkan dengan trofi Penerbit Terbaik.

Penyanyi Beyonce dan suaminya, Jay-Z membuka tirai persembahan acara itu dengan Drunk in Love selain Madonna dan Hunter Hayes.

Sebanyak 72 kategori dipertandingkan pada tahun ini.

Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Grammy ke-56.

Album Terbaik: Daft Punk, Random Access Memories

Rekod Terbaik: Daft Punk, "Get Lucky"

Lagu Terbaik: Lorde, "Royals"

Album Country Terbaik: Kacey Musgraves, Same Trailer Different Park

Album Pop Terbaik: Bruno Mars, Unorthodox Jukebox

Kolaborasi Rap Terbaik: Jay Z Featuring Justin Timberlake, "Holy Grail"

Persembahan Solo Terbaik: Lorde, "Royals"

Lagu Rock Terbaik: Dave Grohl, Paul McCartney, Krist Novoselic, and Pat Smear, "Cut Me Some Slack"

Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik: Daft Punk Featuring Pharrell Williams and Nile Rodgers, "Get Lucky"

Artis Baru Terbaik: Macklemore and Ryan Lewis

Album Rock Terbaik: Led Zeppelin, Celebration Day

Penerbit Terbaik: Pharrell Williams

Persembahan Rock Terbaik: Imagine Dragons, "Radioactive"

Lagu Country Terbaik: Kacey Musgraves, "Merry Go Round"

Persembahan Lagu Country Terbaik: Darius Rucker, "Wagon Wheel"

Persembahan Lagu Country Duo/Berkumpulan Terbaik: the Civil Wars, "From This Valley"

Lagu Filem Terbaik: Paul McCartney, Live Kisses

Video Muzik Terbaik: Justin Timberlake Featuring Jay Z, "Suit and Tie"

Album Blues Terbaik: Ben Harper With Charlie Musselwhite, Get Up!

Album R&B Terbaik: Alicia Keys, Girl on Fire

Album Urban Kontemporari Terbaik: Rihanna, Unapologetic

Lagu R&B Terbaik: Justin Timberlake, "Pusher Love Girl"

Persembahan Rap Terbaik: Macklemore and Ryan Lewis Featuring Wanz, "Thrift Shop"

Lagu Rap Terbaik: Macklemore and Ryan Lewis Featuring Wanz, "Thrift Shop"

Album Rap Terbaik: Macklemore and Ryan Lewis, the Heist

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan