Kontroversi Tidak Bawa Kerjaya Chacha Maembong Lebih Jauh

Diterbitkan: Isnin, 27 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chacha Maembong
Chacha Maembong

PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong percaya gosip dan cerita kontroversi tidak akan membawa karier lakonannya ke tahap lebih tinggi.

Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, populariti akan datang dengan sendiri jika dia bekerja keras dalam memberikan produk terbaik kepada peminat.

"Tiada gosip atau kontroversi bukan ukur pelakon itu tidak berbakat dan ia bukan pengukur untuk meletakkan tahap seseorang artis itu.

"Saya tidak percaya bahawa gosip mampu membawa tahap karier artis ke tahap lebih tinggi sebaliknya kerja keras adalah kunci utama," katanya kepada mStar Online.

Tambah Chacha, peminat hari ini juga semakin bijak untuk menilai seseorang artis itu berdasarkan bakat atau pun populariti.

"Bagi saya peminat tidak akan sedar kehadiran saya sebagai pelakon jika lakonan yang diberikan tidak meninggalkan kesan," katanya.

Bagaimanapun, Chacha berkata, dia bukan menidakkan kepentingan publisiti buat golongan selebriti sebaliknya mahu cuba berjaya atas bakat dan bukannya populariti.

Sementara itu, mengulas mengenai pencalonannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) menerusi kategori Artis Wanita Baru Popular, Chacha berkata, dia tidak menyangka terpilih dan ia bukti bakatnya semakin mendapat perhatian peminat.

"Saya percaya bukan hanya populariti yang melayakkan saya berada dalam senarai itu tetapi juga kerana peminat mula memberikan perhatian kepada bakat saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Chacha berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri terbitan Skop Production berjudul Cinta Dari Marikh dan drama Yes Bos!.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan