Kumpulan Duo Baharu #tag Pertaruh Lagu 'My Crush'

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Akira Shukri dan Hez Hazmi
Akira Shukri dan Hez Hazmi

PETALING JAYA: Penyanyi Youtube Akira Shukri dan Hez Hazmi dengan kumpulan duo mereka bernama #tag dengan sebutan hashtag kini mencuba nasib dengan mempertaruhkan lagu mereka My Crush.

Lagu yang mendapat sambutan di laman Youtube itu sehingga kini berjaya meraih sebanyak 113,522 tontonan.

Menurut Akira, My Crush dicipta menerusi pengalaman peribadi kedua-dua penyanyi ini.

"Lagu ini mneceritakan tentang pengalaman kami masing-masing dan juga kepada mereka yang pernah mengalaminya yang mana ianya sinonim dengan kehidupan ramaja.

"Ketika mencipta lagu ini, kedua-dua kami berada di universiti yang berbeza dan kami terpaksa menggunakan teknologi internet untuk berkongsi audio, imej dan video," katanya.

My Crush versi studio ini menerima sentuhan komposer terkenal Edry Abdul Halim dan akan mula keudara di radio bermula Februari depan.

Sementara itu, keunikkan pemilihan nama duo ini #tag adalah berteraskan dengan perkembangan teknologi sekarang.

Mereka juga merupakan artis atau duo pertama di Malaysia yang menggunakan simbol # sebagai nama komersial mereka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan