Salimah Mahmood Terkena Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Diterbitkan: Jumaat, 24 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salimah Mahmood
Salimah Mahmood

PETALING JAYA: Penyanyi era 1990-an iaitu Salimah Mahmood, 52, terpaksa ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terkena jangkitan kuman pada paru-paru.

Salimah berkata, dia dirujuk ke hospital itu pada Rabu lalu selepas mendapatkan rawatan awal di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara di sini pada Sabtu lalu gara-gara mengalami batuk berpanjangan.

“Saya agak pelik mengalami batuk-batuk yang luar biasa sehinggalah terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta. Ketika pemeriksaan awal dilakukan, doktor mengesan kuman pada paru-paru saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.

Salimah berkata, selepas tiga hari mendapatkan rawatan, pusat perubatan berkenaan terpaksa memindahkannya ke HKL yang mempunyai kelengkapan lebih baik untuk merawat penyakit itu.

Ujar Salimah, selain penyakit tersebut, doktor juga mendapati terdapat penyakit lain iaitu kuman di dalam darah menyebabkan dia terpaksa di kuarantin di hospital.

Jelasnya, pada ketika ini doktor tidak membenarkan dia menerima pelawat kerana dikhuatiri penyakit berkenaan boleh berjangkit melalui udara.

“Setakat ini hanya suami saya sahaja yang dibenarkan bertemu saya. Anak-anak pun tak boleh kerana penyakit ini benar-benar serius.

“Saya tidak tahu bagaimana saya boleh menghidapnya sedangkan saya seorang yang mementingkan kesihatan,” katanya.

Menurut Salimah, akibat masalah berkenaan, banyak urusan kerjanya tergendala termasuklah program kebajikan bagi mengumpul dana membantu artis-artis Singapura yang hendak dilakukannya pada 8 Februari depan.

Sehubungan itu dia meminta seluruh peminat mendoakan kesihatannya agar kembali pulih.

Salimah yang berkahwin dengan Mirza Abdullah, 60, dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Shakira, 31, dan Eskandarian Mirza, 29, serta enam orang cucu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan