Kontroversi Afiq Muiz Tidak Jejas Imej Polis

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Afiq Muiz
Afiq Muiz

PETALING JAYA: Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam memberitahu kontroversi yang melanda pelakon Afiq Muiz tidak menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dia diberi kepercayaan memegang watak Inspektor polis dalam drama bersiri Gerak Khas musim baharu.

Yusof, 60, berkata, kontroversi Afiq atau nama sebenarnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah, 22, itu adalah berkaitan masalah peribadi dan tidak melibatkan kesalahan jenayah atau politik.

“Saya beri peluang kepada Afiq kerana saya percaya kepada bakat dia dan kontroversi yang dihadapinya adalah masalah peribadi dan perkara tersebut tidak menjejaskan imej pasukan polis.

“Jika nama yang sudah disenaraihitamkan oleh pihak PDRM, saya tidak akan ambil dia berlakon dalam produksi saya,” katanya kepada mStar Online .

Yusof berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pemilihan pelakon Afiq Muiz dalam drama kepolisan yang mementingkan imej bersih setiap pelakon bagi melambangkan agensi itu.

Pelakon Cinderella tersebut sebelum ini mencetuskan kontroversi berhubung pergaduhan dia dengan ibunya, Hasliza Mohd sehingga dikatakan sebagai anak derhaka.

Dalam pada itu, Yusof berkata, dia menyedari tentang kontroversi tersebut dan telah melakukan perbincangan dengan pihak RTM terlebih dahulu sebelum mengambil pelakon berkenaan menyertai Gerak Khas.

Sementara itu, Yusof berkata, dia juga banyak memberi nasihat kepada Afiq agar tidak terlalu mengikut perasaan terutama sekali berkaitan dengan ibu-bapa dan keluarga.

“Saya faham dengan perangai anak muda yang cepat panas baran dan cepat terasa hati itu, semasa penggambaran saya ada juga memberi nasihat kepadanya agar jangan berbuat demikian kepada keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof berkata, bagi musim baharu ini, dia turut berharap anaknya iaitu Syamsul untuk tampil mengarahkan beberapa episod istimewa seperti yang pernah dijanjikan.

Beliau percaya, kerja tangan anaknya itu, bakal memberi kesan berbeza daripada episod biasa dan mampu menarik rating yang lebih tinggi.

“Dia (Syamsul) pernah berjanji dengan saya untuk buat satu siri istimewa dalam Gerak Khas ini, saya harap di tunaikan janji tersebut,” katanya.

Drama ini turut dibarisi pelakon popular Norman Hakim, Salina Saibi, Nizen Ayob, Shanorbiah Shamsir Alam, Zabri Ibrahim dan Mas Hidzir Khan.

Gerak Khas musim baharu akan mula ditayangkan pada 14 Februari depan setiap Jumaat, pukul 9 malam di TV2.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan