Ustaz Don Namakan Bayi Sulung Don Mustofa

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar perkahwinan Ustaz Don dan Husna. Foto ihsan Nadia Zahari.
Gambar perkahwinan Ustaz Don dan Husna. Foto ihsan Nadia Zahari.

PETALING JAYA: Ketika ramai tertanya-tanya apakah jantina anak kepada pendakwah selebriti Ustaz Don, penceramah itu sebenarnya memperoleh bayi lelaki yang selamat dilahirkan pada Sabtu lalu di Kaherah, Mesir.

Ahli keluarga Ustaz Don memberitahu mStar Online, isteri personaliti tersebut iaitu Husna Mohd Zahry, 26, selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal yang diberi nama Don Mustofa.

“Ustaz Don tiba di Mesir dari Malaysia dua hari sebelum isterinya bersalin. Alhamdulillah, anaknya sihat dan mereka gembira dengan kelahiran itu,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu Ustaz Don atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, 30, dalam Facebook miliknya memuat naik status memaklumkan Husna selamat bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir).

Dalam status itu Ustaz Don tidak menyatakan jantina dan nama bayi berkenaan sebaliknya hanya memberitahu bayinya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram.

Beliau turut memaklumkan akan pulang ke Malaysia pada 30 Januari ini.

Pasangan itu bernikah pada 23 Ogos 2012.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan