Komposer Kassim Masdor Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kassim Masdor
Kassim Masdor

PETALING JAYA: Komposer zaman filem-filem Shaw Brothers iaitu Kassim Masdor, 76, meninggal dunia pada Selasa di Singapura.

Cucu Allahyarham Muhammad Kazhendra Kaskazan, 27, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu akibat asma.

Bagaimanapun katanya, pada malam Selasa keadaannya semakin kritikal sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25 malam.

“Atuk tidak pernah menunjukkan ciri-ciri dia mempunyai penyakit sehinggalah dia dimasukkan ke hospital kira-kira empat hari lalu. Keadaannya semakin lemah sehinggalah kami dikejutkan dengan pemergiannya,” kata Muhammad Kazhendra.

Kassim yang menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat orang cicit.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Pada tahun 1968, ketika Shaw Brothers ditutup, beliau menjadi komposer untuk syarikat rakaman EMI dan berjaya menerbitkan kira-kira 60 buah album.

Antara penyanyi yang pernah menyanyikan karya beliau ialah Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Daud dan juga Sudirman.

Jenazah dijadual akan dikebumikan di Singapura sebelum solat Zuhur pada Rabu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan