Gambar Amy (Search) Dipamerkan Dalam 'Lid & Let'

Diterbitkan: Selasa, 21 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amy Search.
Amy Search.

PETALING JAYA: Penyanyi rock terkenal Amy Search berasa bertuah apabila tiga gambarnya terpilih untuk dipamerkan pada pameran Lid & Let oleh jurugambar terkenal Chuan Looi.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 56, berkata, itu adalah pertama kali gambar-gambarnya digunakan untuk sesebuah pameran yang dirakamkan oleh jurugambar profesional.

"Saya antara selebriti bertuah kerana tiga potrait saya yang diambil sendiri oleh Chuan terpilih untuk dipamerkan pada pameran itu.

"Apabila Chuan mahu saya terlibat sebagai salah seorang selebriti dalam acara itu saya terus bersetuju kerana memang meminati hasil kerjanya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Lid & Let Live An Exhibition by Chuan Looi sedang berlangsung di Tingkat Satu, Avenue K, Kuala Lumpur dari 17 Januari hingga 26 Januari ini.

Selain Amy, potrait pelakon Datuk Rosyam Nor dan Bront Palarae turut dipamerkan pada acara itu.

Tambahnya, dia telah menjalani sesi fotografi bersama Chuan beberapa bulan lalu untuk pameran tersebut dan berpuas hati dengan hasil kerja lelaki itu.

"Seperti biasa hasil kerja Chuan tidak pernah mengecewakan dan gambar yang diambil tidak mempunyai konsep tertentu tetapi ia daripada kaca matanya," jelasnya.

Dalam pada itu, Amy berkata, dia mengenali Chuan secara peribadi dan telah bekerjasama dengan jurugambar profesional itu sebelum ini.

"Sudah banyak gambar saya yang dirakamkan dalam pelbagai sesi fotografi untuk akhbar dan majalah. Saya cukup meminati hasil kerjanya," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan