Salman Khan Sapa Shah Rukh Khan Di Acara Anugerah

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shah Rukh Khan dan Salman Khan menjadi Selebriti Paling Kontroversi 2013.
Shah Rukh Khan dan Salman Khan menjadi Selebriti Paling Kontroversi 2013.

PERSETERUAN antara dua aktor Bollywood iaitu Shah Rurk Khan dan Salman Khan memang sudah diketahui umum.

Kedua-dua mereka memang sentiasa mengelak daripada bertemu di mana-mana lokasi penggambaran.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Salman Khan membuat kejutan apabila menyapa Shah Rukh Khan dari atas pentas Star Guild Awards 2014.

Salman yang menjadi hos acara tersebut tiba-tiba mengucapkan selamat kepada pelakon yang digelar Raja Bollywood itu.

Malah dia mengucapkan tahniah kepada filem Chennai Express yang mendapat banyak anugerah pada tahun lalu.

Sementara itu, Shah Rukh Khan yang terkejut dengan ucapan tersebut hanya melambaikan tangan kepada aktor itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan