'Kami Histeria' Ilham Daripada Kisah Seram Sebenar

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelakon 'Kami Histeria' ketika majlis pratonton filem tersebut.
Barisan pelakon 'Kami Histeria' ketika majlis pratonton filem tersebut.

PETALING JAYA: Penulis skrip filem Kami Histeria, Rafidah Abdullah mengakui idea menghasilkan filem ini tercetus ketika melakukan penggambaran sebuah drama di sebuah pangsapuri berdekatan dengan hutan.

Rafidah berkata, cerita seram beberapa penghuni pangsapuri tersebut tentang suara-suara pelik yang menganggu mereka hampir setiap malam dijadikan tunjang utama filem ini.

"Saya mendapat idea ini ketika berada di sebuah pangsapuri berdekatan hutan yang mana pemandangannya sangat cantik dan mendamaikan.

"Namun begitu beberapa penghuni di pangsapuri tersebut menceritakan kejadian pelik dan suara-suara seram yang menganggu mereka pada setiap malam," katanya kepada mStar Online.

Kata Rafidah, dia turut mengambil masa setahun bagi menyiapkan skrip filem yang menelan belanja hampir RM2 juta ini.

Sementara itu, pengarahnya, Shamyl Othman, berkata, penggambaran dilakukan selama sebulan di sekitar Lembah Klang, manakala mengambil masa selama 10 bulan bagi proses keseluruhan filem tersebut.

Dalam pada itu, Syamil berkata, pengalaman pelik sepanjang penggambaran adalah ketika adegan mandi di bilik air yang mengambil masa hampir 24 jam.

"Pengalaman pelik ialah ketika penggambaran babak mandi yang sepatutnya dilakukan sekejap namun mengambil masa sehingga satu hari,"

"Saya sendiri tidak tahu dimana silapnya sehingga terpaksa memengambil masa yang panjang," katanya.

Tambah Syamil, antara cabaran utama adalah untuk membina keserasian antara lima orang pelakon utama iaitu Diana Danielle, Sara Ali, Nad Zainal, Mila Jirin dan Umie Omar.

Katanya, sebelum penggambaran bermula kelima-lima pelakon ini telah menjalani latihan untuk bermain alat muzik dan memahami watak terlebih dahulu.

"Kita beri watak yang sesuai dengan karekter masing-masing dan sebelum penggambaran bermula mereka sudah diberi skrip untuk memahami dan mencari keserasian tesebut," katanya.

Filem Kami Histeria berkisarkan tentang sekumpulan gadis yang telah meminta pertolongan daripada Langsuir untuk mencapai cita-cita dalam karier muzik mereka.

Perjanjian yang dibuat dengan Langsuir terpaksa ditunaikan apabila Langsuir bertindak mencederakan seorang demi seorang ahli kumpulan tersebut.

Filem yang turut dibintang oleh Nur Fazura, Afdlin Shauki dan Izzue Islam ini akan berada di pawagam bermula 6 Februari depan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan