Noraniza Idris Sokong Minat Anak Dalam Bidang Seni

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noraniza tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya anak-anaknya ingin terlibat dalam bidang seni.
Noraniza tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya anak-anaknya ingin terlibat dalam bidang seni.

PETALING JAYA: Penyanyi Noraniza Idris memberitahu tidak mempunyai sebarang halangan apabila anak bongsunya, Mohd Alfeeq Haiqal Mohammad Fauzi berhasrat untuk mengikut jejak langkahnya bergelar seorang selebriti.

Noraniza, 46, berkata, sebagai seorang ibu dia sentiasa menyokong keputusan anaknya itu namun sentiasa menegaskan supaya melakukan sesuatu itu dengan sepenuh hati.

"Sebagai ibu saya memang menggalakkan minat anak-anak dan sekiranya bidang hiburan yang menjadi pilihan saya akan berikan sokongan sepenuhnya.

"Bagaimanapun minat sahaja tidak cukup dan mereka perlu berikan yang terbaik dalam apa juga bidang yang dilakukan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Selain Mohd Alfeeq, 20, Noraniza mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Mohd Aliff Haiqal, 25, hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya, Mohd. Fauzi Mohd. Tajuddin.

Dalam perkembangan sama, Noraniza berkata, sebagai cara menyokong keputusan Mohd Alfeeq dia menggalakkan anak lelakinya itu mengikuti kelas lakonan dan teater sebagai persediaan untuk bergelar pelakon.

Jelas Noraniza, dia tidak mahu Mohd Alfeeq menjadi seorang pelakon yang 'kosong' sebaliknya mempunyai asas dalam bidang lakonan supaya dapat memberikan lakonan berkesan.

"Saya tidak mahu dia sekadar suka-suka jika benar ingin menjadi pelakon dan sebab itu saya minta dia mengikuti kursus lakonan agar dia lebih bersedia nanti," katanya.

Mohd Alfeeq sebelum ini mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk pencarian Mister Planet Malaysia 2014 dan berjaya mendapat tempat ketujuh secara keseluruhan.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Noraniza berkata, dia kini sedang sibuk menyiapkan kertas kerja untuk beberapa projek mengetengahkan muzik dan budaya Melayu ke peringkat nasional bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Jelas Noraniza, menerusi projek-projek sebegini, dia dapat meneruskan usahanya memperkenalkan muzik tradisional Melayu kepada pelancong dan generasi muda di negara ini.

"Saya berhasrat untuk menghimpunkan pelapis-pelapis baharu ini supaya mereka faham tentang budaya dan muzik tradisional Melayu yang sarat dengan pelbagai sejarah dan keunikan.

"Bersesuaian dengan Tahun Melawat Malaysia 2014, pelbagai projek sedang saya rangka dan berharap ia dapat dilaksanakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Noraniza berkata, dia sedang merancang untuk meneribtkan sebuah album yang menghimpunkan kumpulan indie bagi merakamkan semula lagu-lagu etnik dan tradisional dengan citarasa semasa.

Jelas Noraniza, dia juga berhasrat untuk mengadakan sebuah konsert tradisional pada tahun ini secara besar-besaran.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan