PDRM Nafi Beri Latihan Unit Tindakan Khas Kepada Farid Kamil

Diterbitkan: Sabtu, 18 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farid Kamil.
Farid Kamil.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pihaknya ada memberikan latihan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada selebriti Farid Kamil seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan, Jumaat.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat) Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad turut menegaskan bahawa pihaknya juga tidak memberi sebarang bentuk latihan UTK atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam.

"PDRM menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini denganapa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan," katanya melalui laman sosial PDRM malam Jumaat.

Akhbar itu pada Jumaat melaporkan pengarah dan pelakon filem, Farid Kamil Zahari menjadi selebriti tempatan pertama yang mengikuti sesi latihan UTK PDRM bagi memantapkan staminanya yang telah dijalani sejak minggu lalu.

Farid dipetik sebagai berkata dia memohon untuk menyertai latihan itu selama tiga bulan atas inisiatif sendiri untuk mendisiplinkan diri serta meningkatkan kecergasan badan bagi membantu kerjayanya sebagai pengarah dan pelakon di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan