Mawi Tidak Mahu Kembali Popular Seperti Dulu

Diterbitkan: Sabtu, 18 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mawi
Mawi

PETALING JAYA: Penyanyi Mawi mengakui memori zaman kegemilangannya sehingga menjadi kegilaan masyarakat dengan gelaran 'Raja SMS' (khidmat pesanan ringkas) sering terlintas di fikirannya dan ada masanya dia rindu dengan momen itu.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 33, berkata, kenangan sembilan tahun lalu selepas bergelar juara program realiti Akademi Fantasi musim kedua (AF3) itu akan menjadi memori indah namun enggan berpatah balik memandangkan dia kini selesa dengan kehidupannya yang sederhana .

"Memang tidak dinafikan, memori zaman popular dimana ketika itu saya mejadi kegilaan peminat fanatik sering terlintas di fikiran. Ianya indah, tetapi ada juga pahitnya kerana pelbagai kontroversi yang tercetus tanpa henti.

"Apa pun saya anggap itu pengalaman. Tak terfikir pun nak berpatah balik merasakan zaman itu semula. Tak sanggup saya," selorohnya.

Tambah Mawi, dia juga akur apabila namanya tidak sepopular dahulu kerana ia sedikit sebanyak memudahkan dia untuk bergerak bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan.

Sementara itu, Mawi juga bersyukur apabila lagunya, Al Haq yang menampilkan Datuk AC Mizal sebagai penyanyi rap mendapat sambutan hangat daripada pendengar.

Kata Mawi, dia tidak sangka lagu yang dihasilkan bersama Sheikh Qalam dan Jeff (A2Z) itu menjadi kesukaan ramai memandangkan dua lagu yang dilancarkan sebelum ini iaitu Termolek dan Menanti Hikmah kurang mendapat sambutan.

"Saya terkejut sebenarnya kerana saya harapkan lagu ciptaan M. Nasir, Termolek yang akan hit. Rasanya mungkin kerana melodi Al Haq sangat biasa tetapi ia sebuah lagu yang mudah didengari ramai.

"Saya mendapat respons ramai yang menyukai lagu tersebut kerana melodi doa pelindung diri iaitu surah Hizip Al-Hafiz menarik. Alhamdulillah, saya gembira dan syukur apabila peminat senang dengan lagu ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mawi juga kini sibuk dengan perniagaan butiknya yang diusahakan bersama isteri, Ekin, di Seksyen 9, Bangi.

Selain itu, Mawi menerusi syarikat produksinya, Mawi World Sdn Bhd juga merancang untuk menghasilkan lebih banyak program berbentuk 'game show' untuk stesen televisyen Astro.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan