Awie, Erra Fazira & Ziana Zain Disatukan Dalam 'Suara Kita'

Diterbitkan: Sabtu, 18 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiga penyanyi dan pelakon hebat era 90-an iaitu Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira bakal digandingkan dalam satu persembahan istimewa di pentas Panggung Sari, Istana Budaya menerusi 'Konsert Teaterikal Suara Kita'.

Menurut satu kenyataan media kepada mStar Online, pementasan konsert itu akan berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian bagi mengimbau episod kegemilangan filem Melayu ‘pecah panggung’ sekitar tahun 1990-an yang dibintangi mereka seperti Sembilu, Sembilu 2, Tragedi Oktober, Maria-Mariana dan Merah.

"Awie antara penyanyi genre rock dan pop terbaik tanah air, nama beliau sudah sinonim dengan pementasan teater dan di layar perak.

"Begitu juga dengan Ziana yang memiliki karisma tinggi dalam nyanyian selain Erra dirindui sebagai primadona filem Melayu pada era 90-an.

"Kami percaya peminat ketiga-tiga artis ini pasti merindukan kemunculan mereka membawakan lagu-lagu popular era 90-an dahulu," kata kenyataan tersebut.

Konsert tersebut akan berlangsung bermula 3 hingga 9 Mac depan.

Pementasan selama 2 jam 30 minit itu akan mengimbas semula sedutan babak-babak daripada filem-filem tersebut sebagai teras dan latar penceritaan.

Ia juga akan diwarnai dengan persembahan nyanyian lagu lagu malar segar daripada Awie, Ziana dan Erra.

Tiket Konsert Teaterikal Suara Kami berharga RM79, RM149, RM199, RM249,RM299, RM349, RM399 dan RM499 boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.biz dan di kaunter tiket Istana Budaya.

Pihak penerbitan juga menawarkan promosi pra-jualan potongan sebanyak 10 peratus hanya sah bermula dari 15 Januari sehingga 1 Februarii 2014 sahaja.

Selain itu, bagi pembeli tiket-tiket bernilai RM399 dan RM499, anda layak untuk mendapatkan jemputan ke majlis jamuan dan beramah mesra bersama artis-artis yang terlibat pada 9 Mac 2014, pukul 9 malam, dengan bayaran tambahan sebanyak RM 150.00.

Peluang ini hanya terhad kepada 500 orang penonton sahaja.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan