American Idol Musim Terbaharu Dapat Sambutan Buruk Penonton

Diterbitkan: Sabtu, 18 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

American Idol musim ke-13 menampilkan Keith Urban, Jennifer Lopez dan Harry Connick Jr sebagai juri.
American Idol musim ke-13 menampilkan Keith Urban, Jennifer Lopez dan Harry Connick Jr sebagai juri.

PROGRAM realiti American Idol yang kembali untuk musim ke-13 mencatatkan jumlah penonton terburuk pada tayangan perdana rancangan itu pada Rabu lalu.

E News melaporkan episod pertama program itu hanya berjaya meraih 15 juta penonton berbanding tahun lalu iaitu 17.9 juta tontontan dan jumlah itu mencatatkan penurunan sebanyak 25 peratus.

Pada musim keenam iaitu pada tahun 2007, program itu mencatatkan tontonan tertinggi pada episod pertama iaitu sebanyak 37 juta penonton.

Keputusan penerbit untuk membawa kembali penyanyi Jennifer Lopez sebagai juri tetap dilihat tidak membantu menaikan jumlah penonton program tersebut.

Dua lagi juri yang dilantik pada musim ini adalah Keith Urban dan Harry Connick Jr.

Pada tahun lalu, American Idol mendapat pelbagai perhatian ekoran perbalahan dua jurinya, Mariah Carey dan Nicki Minaj sehingga kedua-dua selebriti itu tidak mahu memperbaharui kontrak bersama rancangan itu.

Selain Mariah dan Nicki, Randy Jackson turut meninggalkan American Idol selepas 12 tahun muncul sebagai juri tetap.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan