American Idol Musim Terbaharu Dapat Sambutan Buruk Penonton - Berita Hiburan | mStar

American Idol Musim Terbaharu Dapat Sambutan Buruk Penonton

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

American Idol musim ke-13 menampilkan Keith Urban, Jennifer Lopez dan Harry Connick Jr sebagai juri.
American Idol musim ke-13 menampilkan Keith Urban, Jennifer Lopez dan Harry Connick Jr sebagai juri.

PROGRAM realiti American Idol yang kembali untuk musim ke-13 mencatatkan jumlah penonton terburuk pada tayangan perdana rancangan itu pada Rabu lalu.

E News melaporkan episod pertama program itu hanya berjaya meraih 15 juta penonton berbanding tahun lalu iaitu 17.9 juta tontontan dan jumlah mencatatkan penurunan sebanyak 25 peratus.

Pada musim keenam iaitu pada tahun 2007, program itu mencatatkan tontontnan tertinggi pada episod pertama iaitu sebanyak 37 juta penonton.

Keputusan penerbit untuk membawa kembali penyanyi Jenifer Lopez sebagai juri tetap dilihat tidak membantu menaikan jumlah penonton program tersebut.

Dua lagi juri yang dilantik pada musim ini adalah Keith Urban dan Harry Connick Jr.

Pada tahun lalu, American Idol mendapat pelbagai perhatian ekoran perbalahan dua jurinya, Mariah Carey dan Nicki Minaj sehingga kedua-dua selebriti itu tidak mahu memperbaharui kontrak bersama rancangan itu.

Selain Mariah dan Nicki, Randy Jackson turut meninggalkan American Idol selepas 12 tahun muncul sebagai juri tetap.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan