Syamsul Yusof, Puteri Sarah Elak 'Dikejar' Media

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syamsul dan Puteri Sarah
Syamsul dan Puteri Sarah

PETALING JAYA: Pengarah filem Syamsul Yusof, 30, mengelak untuk mengulas mengenai majlis risik di antara dia dengan pelakon Puteri Sarah Liyana, 28, apabila enggan menjawab panggilan telefon dan juga membalas mesej daripada pihak media.

mStar Online difahamkan, Syamsul sebelum ini yang mahu merahsiakan majlis berkenaan agak terkejut apabila berita tersebut disebarkan menerusi Internet termasuklah beberapa keping gambar yang turut kelihatan ibu dan bapanya iaitu Datin Patimah Ismail dan Datuk Yusof Haslam bersama Puteri Sarah.

Dalam majlis merisik yang diadakan di rumah keluarga perempuan pada Ahad lalu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan pada Februari atau Mac depan atas permintaan Syamsul.

Hubungan pasangan tersebut telah tersebar sejak beberapa lama tetapi kedua-dua mereka tidak mengesahkan status berkenaan.

Terdahulu dalam akaun Twitter miliknya Syamsul memuatkan pedoman hidup mengenai tuntutan Rasulullah agar seseorang yang berkemampuan supaya berkahwin.

Ia dimuat naik pada Isnin lalu iaitu sehari selepas majlis merisik berkenaan diadakan.

Dalam pada itu Puteri Sarah juga dilihat cuba mengambil pendekatan serupa apabila enggan memberi sebarang komen mengenai majlis berkenaan dan juga persediaan bagi menempuh alam rumah tangga dengan pengarah muda itu.

Wanita itu juga tidak menjawab panggilan telefon serta tidak memberi respons terhadap mesej yang dikirimkan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan