Shah Rukh Khan Bengang Disoal Tentang Priyanka Chopra

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shah Rukh dan priyanka pernah digosipkan menjalinkan hubungan skandal, namun mereka menafikan hal tersebut.
Shah Rukh dan priyanka pernah digosipkan menjalinkan hubungan skandal, namun mereka menafikan hal tersebut.

SEBELUM ini, nama Datuk Shah Rukh Khan dikaitkan dengan aktres seksi Proyanka Chopra, kononnya mereka menjalinkan hubungan skandal.

Bagaimanapun aktor tersebut cuba menjauhkan diri daripada Priyanka selepas gosip itu tersebar.

Terbaharu, menerusi laporan portal Newkerala, Shah Rukh bengang apabila diminta memberi komen mengenai Priyanka menggantikan tempatnya sebagai hos sebuah acara anugerah yang sebelum ini sering dikendalikannya.

"Dahulu kalian (wartawan) membandingkan diri saya dengan aktor-aktor lain, sekarang nak bandingkan saya pula dengan seorang wanita?" soal Shah Rukh.

Wajah suami kepada Gauri pada ketika itu terus masam, malah dia langsung enggan komen atau memberi ucapan selamat kepada Priyanka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan