Malaysia Terlalu Kecil Untuk Banyak Realiti TV- Jaclyn Victor

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Jaclyn Victor menganggap program realiti televisyen yang melahirkan bakat-bakat baharu terutamanya dalam bidang nyanyian tidak sesuai untuk dianjurkan pada setiap tahun.

Jaclyn atau nama sebenar Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, berkata, negara ini terlalu kecil untuk mencari bakat-bakat terpendam berbanding negara luar yang sememangnya mempunyai penduduk yang ramai.

"Malaysia ini terlalu kecil untuk mencari bakat-bakat baharu setiap tahun, kalau kita lihat di Singapura, mereka sendiri menghadkan pengeluaran bakat baharu bagi mencari kualiti.

"Bila ia dianjurkan setiap tahun, akan ada muka-muka yang sama yang tidak berjaya tahun lepas untuk mencuba nasib pada tahun berikutnya," katanya kepada mStar Online.

Jaclyn berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemunculan bintang-bintang realiti baharu yang menjadi pesaing dalam industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, Jaclyn berkata, ia merupakan persaingan yang sihat dan dapat mewarnai lagi industri muzik tempatan.

"Program realiti adalah platform dan terpulang kepada peserta atau bintang yang berjaya untuk mencari jalan mereka berada dalam industri ini," katanya.

Jaclyn bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu 28 melalui lagu Ikut Rentakku pada 26 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Dalam perkembangan peribadi, Jaclyn mengakui, dia kini sudah mempunyai teman istimewa dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Biarpun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut, Jaclyn berkata, dia tidak mahu bercinta terlalu lama untuk menamatkan zaman bujangnya.

"Kali ini saya tidak mahu buang masa terlalu lama untuk bercinta, jika serasi, saya akan segera berkahwin," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan