Kelly Osbourne Batalkan Pertunangan Dengan Matthew Mosshart

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelly Osbourne
Kelly Osbourne

PENYANYI lagu Papa Dont't Preach, Kelly Osbourne akhirnya membatalkan pertunangan dengan Matthew Mosshart.

"Ini adalah keputusan bersama. Kami saling mencintai hanya waktu yang belum tepat bagi kami berdua," ujarnya seperti dipetik E! News.

Bagaimanapun Kelly berkata, mereka masih menjalinkan hubungan baik cuma tidak lagi tinggal bersama.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta pada Julai 2011 ketika berkenalan di majlis perkahwinan Kate Moss dan Jamie Hince.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan