Altimet Tiru Strategi Pemasaran K-pop

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Altimet
Altimet

PETALING JAYA: Penyanyi rap dan komposer, Altimet mengambil langkah mempromosi lagu-lagu baharunya mengikut strategi pemasaran yang dilakukan oleh industri muzik Korea atau K-pop.

Altimet atau nama sebenar Ahmad Abdul Rahman, 36, berkata, strategi melancarkan lagu baharu berserta video muzik sekali gus merupakan cara yang sangat berkesan untuk sesebuah lagu menjadi hit.

"Saya sudah buat kajian bagaimana lagu-lagu K-pop boleh menjadi hit iaitu mereka melancarkan single seiring dengan video muzik.

"Cara ini lebih berkesan untuk menarik perhatian pendengar dan baru-baru ini penyanyi Beyonce juga menggunakan cara yang sama sehingga album barunya mendapat sambutan yang sangat mengalakkan," katanya kepada mStar Online.

Katanya, trend muzik di negara ini berbeza iaitu lebih mementingkan populariti sesebuah lagu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk rakaman video muzik.

Tambah Altimet lagi, pada awalnya strategi tersebut ingin dilakukan terhadap lagu Kalau Aku Kaya nyanyian bersama Awi Rafael, namun gagal apabila lagu tersebut dikeluarkan awal di radio.

Katanya, lagu Kalau Aku Kaya tersebut pada asalnya dihantar ke syarikat rakaman Warner Music hanya untuk didengar, namun pihak tersebut telah menghantar awal kepada pihak radio untuk disiarkan.

"Lagu Kalau Aku Kaya dikeluarkan awal daripada perancangan kami atas sebab keterujaan pihak rakaman dan radio memainkan lagu tersebut.

"Perancangan awalnya kami ingin siapkan video muzik terlebih dahulu dan lancarkan serentak dengan lagu itu dimainkan di radio," katanya.

Sementara itu, Altimet dan Awi Rafael melalui lagu Kalau Aku Kaya turut bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu ke28 pada 26 Januari ini di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan