Tidak Semua Pelakon Wanita Boleh Digandingkan Dengan Aqasha

Diterbitkan: Selasa, 14 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aqasha memilih pelakon wanita yang akan bergandingan dengannya kerana faktor usianya yang telah mencecah 32 tahun.
Aqasha memilih pelakon wanita yang akan bergandingan dengannya kerana faktor usianya yang telah mencecah 32 tahun.

PETALING JAYA: Pelakon dan penerbit Aqasha mengamalkan sikap 'pilih bulu' terhadap pelakon wanita baharu yang ingin digandingkan dengannya pada masa hadapan.

Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 32, berkata, dia bersikap demikian bukan kerana mempertikaikan bakat mereka sebaliknya disebabkan faktor usianya yang semakin matang.

"Keadaan fizikal saya sudah berubah dan lebih matang berbanding 10 tahun dahulu. Sebab itu saya agak memilih kerana tidak mahu ia nampak janggal sekiranya digandingkan dengan pelakon yang jauh lebih muda daripada saya.

"Bukan mahu mempertikaikan bakat mereka sebaliknya ia adalah pilihan saya sendiri," katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Aqasha berkata, dia juga enggan berlakon dalam drama bertemakan cinta dan ingin memberikan fokus kepada drama genre berbeza selepas ini.

Jelas Aqasha, keputusan itu adalah kerana tidak mahu kredibilitinya sebagai seorang pelakon terikat kepada sesuatu watak sahaja sebaliknya ingin menerokai sisi lain yang ada padanya.

"Saya sudah berada dalam industri selama 14 tahun dan tidak mahu melakukan perkara sama sahaja dan sudah tiba masanya saya meletakkan satu aras dalam kerjaya supaya ia lebih bermakna.

"Sebab itu saya mahu memberi tumpuan kepada karya selain bertemakan cinta supaya pergerakan kerjaya saya tidak kelihatan sama sahaja," jelasnya.

Katanya lagi, keputusan itu juga sebagai salah satu langkah untuk mengekalkan namanya sebagai pelakon untuk jangka masa panjang.

Sementara itu, Aqasha berkata, dia masih mendapat tawaran berlakon walaupun sudah dua tahun tidak aktif dalam sebarang projek.

Buat masa ini dia mahu memberikan tumpuan kepada syarikat produksi yang dimiliki bersama rakan kongsi iaitu Sein (Ruffedge) dalam menerbitkan filem dan program-program untuk televisyen.

"Sekarang saya banyak melakukan kerja-kerja sebagai penerbit bagi mengukuhkan kedudukan syarikat dan baharu sahaja mengumumkan kerjasama bersama KRU Studios bagi menerbitkan filem terbaharu syarikat kami berjudul Penculikan Amar Affendi yang akan memulakan penggambaran Mac depan," katanya.

Bagaimanapun kata Aqasha, dia tidak menolak akan kembali berlakon di bawah projek yang diterbitkan oleh syarikatnya iaitu Camwerk Studios pada masa hadapan.

Selain Aqasha sendiri, Penculikan Amar Affendi menampilkan barisan pelakon Maya Karin, Zain Hamid, Sofi Jikan, Nam Ron dan Ramli Hassan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan