Zoo Ditutup Kerana Anak Beyonce

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasangan Beyonce dan Jay-Z menyewa keseluruhan zoo di Miami untuk mengadakan sambutan hari jadi anak perempuan mereka, Blue Ivy yang kedua.
Pasangan Beyonce dan Jay-Z menyewa keseluruhan zoo di Miami untuk mengadakan sambutan hari jadi anak perempuan mereka, Blue Ivy yang kedua.

ANAK kepada pasangan Beyonce dan Jay-Z iaitu Blue Ivy mendapat layanan istimewa apabila sebuah zoo di Miami ditutup khas bagi meraikan hari jadinya yang kedua.

TMZ melaporkan Beyonce dan suaminya telah menyewa keseluruhan taman tema zoo tersebut pada 7 Januari lalu bagi membolehkan anak perempuan mereka diraikan tanpa gangguan.

"Mereka tidak mahu orang awam yang berada di situ menghampiri majlis tersebut dan mengambil keputusan untuk menyewa keseluruhan zoo tersebut," menurut sumber kepada laman gosip berkenaan.

Rakan rapat pasangan itu turut dijemput menghadiri majlis berkenaan yang didakwa bernilai jutaan dolar.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan