Nasir Bilal Khan Tidak Kecil Hati Dijadikan Bahan Jenaka

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nasir tidak berkecil hati apabila wataknya sebagai Tok Adi dalam drama bersiri Tanah Kubur sering dipersendakan.
Nasir tidak berkecil hati apabila wataknya sebagai Tok Adi dalam drama bersiri Tanah Kubur sering dipersendakan.

PETALING JAYA: Pelakon Nasir Bilal Khan tidak berkecil hati apabila wataknya dalam drama bersiri Tanah Kubur sering dijadikan bahan jenaka oleh sesetengah pelawak dalam persembahan pentas mereka.

Nasir, 54, berkata, dia sedar apabila ada yang meniru gaya percakapannya sebagai bahan lawak dan tidak pernah mengambil kisah selagi ia tidak mengundang keburukan.

"Saya tiada masalah apabila ada pelawak yang menjadikan gaya percakapan lakonan saya dalam drama tersebut sebagai satu bahan jenaka kerana ia tidak membawa maksud apa-apa.

"Bagaimanapun janganlah sampai ia memberikan keburukan kepada saya atau penonton sudahlah," katanya kepada mStar Online.

Nasir bakal muncul dengan filem terbaharu lakonannya berjudul Laga disamping Wan Hanafi Su, Eman Manan, Syazwan Zulkifli, Marsha Milan Londoh dan Tyas Mirasih.

Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Januari ini.

Dalam perkembangan sama, Nasir berkata, lakonannya dalam Tanah Kubur sebagai Tok Adi telah memberi kesan dan pengaruh dari aspek kerohanian dalam kehidupan sehariannya.

Jelasnya, kisah-kisah yang dipaparkan banyak memberi peringatan berguna dan berharap ia meninggalkan kesan kepada penonton khususnya umat Islam.

"Sudah 13 musim bersama Tanah Kubur ia banyak memberi pengajaran dan kesan besar kepada aspek kerohanian dan saya berharap penonton turut merasai perkara sama," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai filem Laga, Nasir berkata, jalan cerita yang mempunyai kekuatan tersendiri telah membuatkan dia tertarik untuk berlakon dalam karya arahan Ismail Yaacob itu.

Kata Nasir, kisah yang dipaparkan iaitu laga ayam mempunyai mesej yang cukup mendalam dan diketengahkan dengan baik oleh pengarah.

"Menariknya filem ini temanya sangat berlainan dan maksud tersirat yang cuba disampaikan cukup mendalam," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan