Lana Nodin Nafi Bercinta Dengan Jejaka Bergelar Doktor

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lana menafikan dia sudah menemui pengganti Johan As'ari.
Lana menafikan dia sudah menemui pengganti Johan As'ari.

PETALING JAYA: Pelakon Lana Nodin menafikan dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar doktor selepas hubungannya dengan aktor Johan As'ari putus.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 34, berkata, laporan berkenaan tidak benar sama sekali dan menegaskan dia kini masih belum mempunyai pengganti Johan.

"Laporan itu tidak benar. Saya masih single and available," ujarnya menerusi mesej yang dikirimkan melalui aplikasi sosial WhatsApp kepada mStar Online, Ahad.

Sebuah akhbar mingguan melaporkan Lana sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki kacukan Pakistan dan Inggeris itu yang juga rakan lamanya.

Malah lelaki berkenaan didakwa telah menghantar 50 tangkai bunga mawar kepada Lana dan dia sendiri telah pun memuat naik jambangan bunga berkenaan di laman Instagram miliknya.

Lana bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Johan sebelum ini telah melamar Lana untuk dijadikan sebagai isterinya selepas tiga hari berjumpa.

Pasangan itu bertemu ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 lalu dan tiga hari kemudian, Johan terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan aktres seksi itu kerana percaya Lana adalah jodohnya yang dimohon ketika mengerjakan umrah pada April lalu.

Bagaimanapun Johan menerusi kenyataannya di sebuah akhbar pada akhir Disember lalu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga Johan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan