Anak Rosmah, Riza Aziz Harumkan Nama Negara Di Golden Globes - Berita Hiburan | mStar

Anak Rosmah, Riza Aziz Harumkan Nama Negara Di Golden Globes

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Leonardo DiCaprio memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik meneruisi filem The Wolf Of Wall Street, menerusi Anugerah Gloden Globes.
Leonardo DiCaprio memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik meneruisi filem The Wolf Of Wall Street, menerusi Anugerah Gloden Globes.

LOS ANGELES: Produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz membuktikan kebolehan anak tempatan apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street, berjaya menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio.

Filem penuh kontroversi yang berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort (DiCaprio) yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan itu turut membariskan bintang-bintang terkenal Hollywood seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik.

Mengulas mengenai kemenangan DiCaprio, Riza memberitahu mStar Online dalam temu bual eksklusif bahawa dia sangat berbangga dengan bakat dan dedikasi bintang ‘superstar’ Hollywood itu.

"Saya senang bekerjasama dengan Leo. Dia seorang pelakon yang sangat profesional dan 'committed' terhadap tugasnya,” ujar Riza.

DiCaprio bersetuju berlakon filem The Wolf Of Wall Street di atas dasar persahabatannya yang sudah terjalin dengan Riza sejak beberapa tahun yang lalu.

"Leo seorang bintang filem ternama yang sangat merendah diri dan baik hati," puji Riza.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan