Kumpulan AM:PM Ingin 'Cari Makan' Di Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ryan (kiri) dan Neil ingin dikenali di Malaysia
Ryan (kiri) dan Neil ingin dikenali di Malaysia

PETALING JAYA: Kumpulan duo baharu dari Indonesia, AM:PM meluahkan hasrat untuk mengembangkan karier nyanyian mereka dalam industri hiburan di negara ini selepas lebih setahun membina nama dalam seni muzik Indonesia.

Salah seorang ahlinya, Niel Legawata, 25, berkata, dia bersama rakannya iaitu Ryan Fachri, 23, percaya, muzik yang dibawakan mereka menerusi lagu Harus Move On pasti akan menarik minat masyarakat Malaysia memandangkan cita rasa pendengar muzik di negara ini dan Indonesia adalah sama.

"Alhamdulillah, kami memulakan perjalanan karier muzik di Indonesia menerusi single lagu pertama iaitu Bangun Cinta dan kami terus mendapat respons positif daripada pendengar.

"Kini menerusi single lagu kedua, Harus Move On yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu, lagu itu mendapat sambutan ramai sehingga mendapat carta pertama di stesen radio di Surabaya.

"Maka misi sekarang ini, kami ingin memperkenalkan lagu-lagu kami di Malaysia pula. Saya percaya dua buah lagu AM:PM yang mudah didengar ini pasti akan menarik perhatian penggemar muzik di sini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Ryan pula, menjadi artis di bawah pengurusan penyanyi popular, Datuk Rossa itu juga sedikit sebanyak membantu mereka untuk memperkenalkan diri kepada umum.

Sementara itu, Ryan mengakui ramai yang keliru dengan nama kumpulannya itu di mana penyanyi berkumpulan di Korea turut mempunyai nama yang sama 2AM 2PM.

Nnamun mereka mempunyai sebab tersendiri untuk memilih nama AM:PM yang membawa maksud mereka bekerja keras tidak kira siang mahupun malam.

"Ketika membentuk kumpulan ini kamu sudah tahu bahawa nama yang lebih kurang sama sudah pun diguna pakai oleh kumpulan pemuzik di Korea.

"Tetapi AM:PM pula memberi maksud yang penting mengenai diri kami yang sanggup bekerja keras siang dan malam untuk memenuhi impian kami sebagai penyanyi yang profesional," ujarnya.

AM:PM mula ditubuhkan pada 1 Ogos 2012 menerusi lagu Bangun Cinta, ciptaan Bemby Noor, pencipta lagu Dia Dia Dia, nyanyian Afghan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan