Hafiz (Pencetus Ummah) Tetap Berdakwah Di Surau, Masjid

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhammad Hafiz Mohd Haneefa
Muhammad Hafiz Mohd Haneefa

KAJANG: Juara Mimbar Pencetus Ummah iaitu Muhammad Hafiz Mohd Haneefa berjanji akan terus berdakwah di surau, sekolah dan masjid-masjid tanpa meletakkan harga yang tinggi biarpun sudah memenangi program realiti bercorak agama yang menjadi fenomena ketika ini.

Hafiz, 32, berkata, dia memasuki pertandingan tersebut atas dasar untuk mengembangkan dakwah dengan skop yang lebih luas dan bukan untuk mengejar populariti.

"Saya akan terus berdakwah di surau, sekolah dan masjid-masjid seperti dahulu, biasanya terpulang kepada pihak mereka untuk beri seberapa sahaja yang mereka mampu.

"Tujuan saya memasuki program ini pun bukan untuk meletakkan harga tinggi atau mengejar populariti, sebaliknya ingin mencari saluran yang lebih besar bagi menyebarkan dakwah," katanya kepada mStar Online.

Hafiz memenangi tempat pertama pada program akhir tersebut yang diadakan pada Khamis lalu dan berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Toyota Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China, trofi dan kontrak bersama Astro.

Bagaimanapun, kata Hafiz, bagi majlis korporat, ia akan menyerahkan hal harga itu kepada pihak Astro yang menguruskan jadualnya.

"Kalau majlis-majlis besar biasanya mereka akan bayar RM1,000, sebenarnya saya sendiri pun tidak berapa tahu sangat tentang harga.

"Selepas mengikat kontrak dengan Astro mungkin mereka yang akan uruskan tentang perkara ini," katanya yang sudah berumah tangga.

Sementara itu, Hafiz selaku Timbalan Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tahfiz Selangor berazam untuk membantu daripada segi perkembangan sekolah-sekolah aliran agama persendirian di negeri ini.

Dia yang juga pengetua di institusi pengajian kepunyaan keluarganya juga berhasrat membela nasib sekolah-sekolah aliran agama dan tahfiz agar setanding dengan perkembangan pendidikan di Malaysia

"Bapa saya membuka institusi pendidikan persendirian itu sejak 30 tahun lalu dan meletakkan nama saya iaitu Tadika Hafiz, Sekolah Rendah Hafiz, Sekolah Menengah Hafiz dan Kolej Hafiz yang terletak di Klang.

"Semua sekolah dan kolej telah didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, di mana sijil dan diploma diiktiraf kerajaan, namun usaha itu bukan sesuatu yang mudah.

"Oleh itu, saya harap dengan laluan yang saya ada ini, saya mahu membantu 140 sekolah tahfiz lain di Selangor ini untuk setaraf dengan pendidikan yang ada di Malaysia," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan