Syarikat Filem Perlu Jalin Kerjasama - Norman

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman Abdul Halim
Norman Abdul Halim

KUALA LUMPUR: Kerjasama di antara syarikat pengeluar filem harus diperbanyakkan agar industri perfileman tempatan dapat bangkit daripada kesuraman yang melanda sejak akhir-akhir ini.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, kerjasama tersebut dijangka mampu meningkatkan dominasi pasaran di Malaysia serta nilai eksport filem tempatan.

"Industri perfileman tempatan memerlukan tema-tema besar dan segar bagi menarik minat penonton tempatan menyokong filem-filem berbahasa Malaysia.

"Menerusi gabungan ini pemain industri boleh berkongsi tenaga kreatif serta modal supaya dapat menghasilkan produk terbaik untuk penonton di pawagam," katanya.

Norman ditemui pada majlis pelancaran filem Penculikan Amar Affendi di Golden Screen Cinemas (GSC) Pavilion di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Norman berkata, filem berkenaan adalah satu daripada tiga judul yang bakal diterbitkan secara bersama di antara Camwerk Studios dan KRU Studios.

Jelas Norman, pihaknya akan memainkan peranan utama dalam aspek pasca produksi terutamanya kesan khas visual serta pengedaran filem pada peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Dari segi idea kreatif dan kerja-kerja penggambaran filem ia akan diterajui oleh Camwerk dan selebihnya kita akan lakukan," jelasnya.

Tambahnya lagi, kerjasama seperti itu adalah yang kedua diumumkan oleh KRU Studios selepas Cicakman 3 bersama Primeworks Studios dan Astro Shaw.

Filem arahan Syed Hussein Syed Mustafa itu bakal menjalani penggambaran Mac ini dan bakal menampilkan barisan pelakon seperti Aqasha, Zain Hamid, Maya Karin, Sofi Jikan, Nam Ron dan Ramli Hassan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan