Shah Rukh Khan & Salman Masih Berbalah - Berita Hiburan | mStar

Shah Rukh Khan & Salman Masih Berbalah

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shah Rukh Khan (kiri) dan Salman Khan
Shah Rukh Khan (kiri) dan Salman Khan

SUDAH hampir setahun insiden pertemuan Datuk Shah Rukh Khan dan Salman Khan di mana mereka berpelukan bersama, hubungan mereka sebenarnya dikatakan masih suram.

Menurut laporan portal Santabanta, meskipun mereka mengakui sudah tidak mempunyai masalah antara satu sama lain, namun kedua-duanya saling mengelak daripada berjumpa.

"Baru-baru ini, Salman dan Shah Rukh berada di satu lokasi penggambaran, namun mereka berdua enggan bertemu.

"Saat Shah Rukh sedang menjalani penggambaran, Salman akan masuk ke dalam van begitu juga sebaliknya apabila Shah Rukh akan ke tempat lain ketika sesi penggambaran yang melibatkan Salman," kata sumber.

Nampaknya perseteruan antara dua pelakon hebat ini tidak akan selesai.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan