Sein (Ruffedge) Belum Selesa Jadi Pengarah

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sein
Sein

KUALA LUMPUR: Pelakon dan bekas anggota kumpulan Ruffedge iaitu Sein belum selesa dengan kedudukannya sebagai pengarah filem.

Sien atau nama sebenarnya Syed Hussien Syed Mustafa, 31, berkata, masih banyak aspek dalam pengarahan yang perlu didalaminya selepas muncul dengan filem pertama berjudul Langgar pada tahun lalu.

"Pada satu tahap saya berasa amat lega dan bersyukur apabila filem pertama arahan saya mendapat reaksi baik daripada pihak media dan peminat.

"Namun saya sering mengingatkan diri sendiri bahawa ia adalah satu pemangkin untuk melakukan lebih baik dalam karya seterusnya," katanya kepada mStar Online.

Sein ditemui pada majlis pelancaran filem keduanya berjudul Penculikan Amar Affendi di Golden Screen Cinemas (GSC) Pavilion di sini, Rabu.

Filem yang menelan kos sebanyak RM2.5 juta itu adalah terbitan syarikat produksi miliknya, Camwerk Studios dan KRU Studios.

Dalam pada itu, Sein berkata, dia teruja untuk mengarahkan filem keduanya itu dan memperbaiki lagi mutu pengarahannya.

Selain itu dia juga telah menulis skrip filem berkenaan sejak enam tahun lalu ketika menuntut di United Kingdom.

"Saya tidak sabar untuk memulakan penggambaran pada Mac depan kerana sudah terlalu lama skrip filem ini terperap dan akhirnya ia dapat difilemkan.

"Sudah banyak olahan skrip saya lakukan sejak enam tahun ini dan berharap semuanya akan berjalan lancar," katanya.

Tambah Sein filem berkenaan dijangka ditayangkan pada awal tahun hadapan.

Penculikan Amar Affendi menampilkan barisan pelakon seperti Aqasha, Maya Karin, Zain Hamid, Sofi Jikan, Nam Ron dan Ramli Hassan.

Sementara itu, Sein berkata, dia yakin filem genre aksi dan drama yang ditampilkannya akan dapat diterima oleh penonton selepas ia ditayangkan nanti.

Jelas Sein, walaupun dia banyak bermain dengan perkembangan karakter dan perjalanan cerita tetapi elemen komersil masih digunakan.

"Pada sesetengah mungkin akan ingat filem ini berkonsepkan berat tetapi sebenarnya tidak kerana ia masih mempunyai nilai komersil yang disukai penonton," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sein memberitahu kerjasama mereka dengan KRU disifatkan sebagai langkah kanan bagi memperbanyakkan lagi produk berkualiti untuk penonton.

Kata Sein, pengalaman dan kredibiliti KRU terutama dalam pasca produksi serta pengedaran dapat membantu industri filem tempatan terus lesu kerana kekurangan idea dan teknologi.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan