Hafiz Hamidun Tepis Tuduhan 'Cedok' Gaya Imran Ajmain

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafiz Hamidun terkejut apabila ada   pihak beranggapan dia cuba meniru gaya nyanyian Imran Ajmain.
Hafiz Hamidun terkejut apabila ada pihak beranggapan dia cuba meniru gaya nyanyian Imran Ajmain.

PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun menepis tuduhan kononnya dia meniru gaya nyanyian penyanyi Singapura iaitu Imran Ajmain untuk single lagu terbaharunya, Jodoh Berdua.

Hafiz, 29, berkata, dia terkejut apabila segelintir pihak beranggapan sedemikian kerana dia menampilkan konsep nyanyian berbeza berbanding penyanyi lain.

"Lagu Jodoh Berdua merupakan ciptaan Azlan Abu Hasan manakala liriknya pula dihasilkan oleh saya sendiri. Azlan juga pernah menghasilkan beberapa lagu untuk Imran Ajmain.

"Dan rasanya, disebabkan perkara itulah orang beranggapan saya cuba menyanyi seperti Imran. Bukan itu saja, malah ada juga peminat mengatakan saya ingin meniru cara nyanyian Anuar Zain," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada petang Selasa.

Tambah Hafiz, dia tidak mengambil perkara itu terlalu serius sebaliknya menganggap ia sebagai satu pujian daripada orang ramai.

Malah, Hafiz turut bersyukur apabila, sikap ingin tahu itu membuatkan jumlah tontonan klip video lagu tersebut terus meningkat sehingga 118,550 tontonan sejak dia memuat naik ke laman YouTube pada 30 Disember tahun lalu.

"Bagi saya peningkatan tontonan klip video Jodoh Berdua itu adalah satu kejayaan. Alhamdulillah, ia bermakna lagu tersebut diterima ramai.

"Bagaimanapun saya harap dengan tajuk lagu itu orang tidak membuat spekulasi kononnya saya dah nak kahwin. Ia sekadar sebuah lagu yang saya tulis mengikut kata hati semata-mata," ujarnya yang pernah meluahkan hasrat untuk melamar seorang penyanyi kelahiran sebuah program realiti.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan