Kes Luka Dibaling Gelas, Johan (Raja Lawak) Menang Saman

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Johan
Johan

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) berjaya memenangi kes tuntutan saman terhadap pengarah drama, Mohd Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan mencederakan aktor tersebut di kepala.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Gok Yam di sini pada Selasa bagaimanapun menetapkan 23 Januari depan bagi menentukan jumlah ganti rugi yang harus dibayar oleh pihak defendan selepas plaintif menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini.

Dalam pada itu mahkamah turut mengarahkan defendan untuk mengeluarkan kenyataan maaf terhadap plaintif secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik.

Bagaimanapun permohonan defendan membuat tuntutan balas terhadap Johan dengan menuntut wang RM2 juta dibatalkan.

Pada perbicaraan kes tersebut berlangsung, Johan hanya diwakili peguam Zahrin Ishak dan pembantu peguam berkenaan, Suhaimi Saad.

Manakala pihak defendan pula diwakili peguam Baljit Singh.

Pada Jun 2010, Johan membuat tuntutan saman terhadap pengarah Mohd Javed menerusi syarikat produksi Juara Filem Productions Sdn Bhd agar membayar RM1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan di dahi pada Mei 2010.

Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.

Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Mohd Javed dalam tuntutan berkenaan turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan e-mel yang diedarkan kepada persatuan-persatuan seni dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut.

Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik.

Johan bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah berkenaan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan