Album Justin Timberlake 'The 20/20 Experience' Paling Laris

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Album terbaharu Justin terjual sebanyak 2.43 juta salinan sepanjang 2013.
Album terbaharu Justin terjual sebanyak 2.43 juta salinan sepanjang 2013.

ALBUM penyanyi Justin Timberlake iaitu The 20/20 Experience muncul sebagai album paling laris jualannya sepanjang tahun 2013 di Amerika Syarikat.

Menurut laporan Billboard, album yang dilancarkan pada 15 Mac tahun lalu itu telah terjual sebanyak 2.43 juta salinan.

Bagaimanapun, edisi terhad album itu yang dilancarkan pada September 2013 tidak mendapat sambutan seperti dijangkakan oleh syarikat rakamannya.

Manakala penyanyi rap terkenal, Eminem masih membuktikan dia masih mempunyai ramai pengikut apabila album terbaharnya The Marshall Mathers LP 2 terjual sebanyak 1.73 juta.

Penyanyi Beyonce yang membuat kejutan dengan melancarkan album terbaharunya secara mengejut pada pertengahan Disember lalu dijual sebanyak 1.3 juta hanya dalam masa seminggu.

Tahun ini juga memperlihatkan kejatuhan penjualan album di Amerika dan Justin menjadi satu-satunya artis yang mendapat jualan lebih dua juta salinan.

Berikut adalah 10 album dengan penjualan terbaik sepanjang 2013.

1. 'The 20/20 Experience' - Justin Timberlake - 2.43 juta

2. 'The Marshall Mathers LP 2' - Eminem - 1.73 juta

3. 'Crash My Party - Luke Bryan - 1.52 juta

4. 'Night Visions' - Imagine Dragons - 1.4 juta

5. 'Unorthodox Jukebox' - Bruno Mars - 1.4 juta

6. 'Here's to the Good Times' - Florida Georgia Line - 1.35 juta

7. 'Nothing Was the Same' - Drake - 1.34 juta

8. 'Beyonce' - Beyonce Knowles - 1.3 juta

9. 'Based On a True Story' - Blake Shelton - 1.11 juta

10. 'Magna Carta/Holy Grail' - Jay Z - 1.1 juta

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan