Sari Yanti Nafi Cerewet, Hanya Guna Bedak RM10

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar terbaharu Sari Yanti yang diambil daripada laman Instagram miliknya.
Gambar terbaharu Sari Yanti yang diambil daripada laman Instagram miliknya.

PETALING JAYA: Pelakon Sari Yanti menafikan dia seorang yang cerewet dalam memilih jurusolek dan hanya menggunakan barangan mekap berjenama sahaja ketika melakukan sesi fotografi atau penggambaran.

Sari, 29, berkata, dia merupakan seorang yang cukup ringkas dalam segala hal termasuk dari segi solekan dan keterampilan diri.

"Saya tidak pernah cerewet tentang solekan kerana kulit muka saya jenis tidak bermasalah dan boleh guna apa sahaja jenama mekap tidak kira ianya murah atau mahal.

"Saya sendiri pun hanya menggunakan bedak jenama Pixie yang berharga RM10 sahaja dan tidak pernah membeli barangan mekap yang mahal," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Sari berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di akhbar mingguan yang mendakwa dia hanya memilih jurusolek berpengalaman serta barangan mekap berjenama sahaja.

Tambah Sari, dia juga tidak pernah menolak mana-mana jurusolek yang disediakan untuk menghias wajahnya.

"Jika sesi fotografi kebiasaannya mereka akan bertanya sama ada saya mahu siapa yang buat solekan, namun saya tidak pernah pula menolak mana-mana jurusolek yang telah disediakan untuk saya," tuturnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Sari berkata, dia baharu sahaja dilantik menjadi jurucakap kepada produk Jamu Ratu Dara.

Tambahnya, dia kini sibuk dengan rangka promosi dan penggambaran untuk produk tersebut selain menguruskan restoran Char Kuey Teow Simply Delicious yang baharu dibuka di The Strand, Kota Damansara di sini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan