Syafinaz Selamat Tidak Suka Bersenam

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syafinaz Selamat
Syafinaz Selamat

PETALING JAYA: Penyanyi Syafinaz Selamat mengakui dia bukanlah seorang penggemar aktiviti sukan apatah lagi mahu bersenam untuk mengekalkan tubuh badan yang laingsing.

Syafinaz, 41, berkata, keadaannya yang tidak suka bersenam membuatkan dia terpaksa menumpukan pengambilan pemakanannya untuk mengekalkan berat yang ideal.

"Bukan senang sebenarnya nak jaga badan. Ada masanya berat kita naik dan turun. Tambah pula saya bukanlah seorang yang suka bersenam membuatkan cara penjagaan pemakanan lebih dititikberatkan.

"Saya terlalu serius dengan setiap pemakanan yang diambil, kalau tidak, berat badan saya mungkin akan naik dengan cepat," katanya.

Tambah Syafinaz, dia juga turut mengamalkan minum air suam atau mineral dengan banyak serta mengambil makanan tambahan untuk memastikan tubuh badannya tidak lemah atau mudah jatuh sakit.

Dalam pada itu, beritahu Syafinaz lagi, sebagai seorang penyanyi, sudah menjadi kewajipannya untuk menjaga kecantikan diri kerana penampilannya akan menjadi perhatian utama masyarakat setiap kali muncul menyanyi di televisyen mahupun di acara pentas.

"Menjadi budaya negara kita bahawa masyarakat akan melihat penampilans eseorang artis dahulu sebelum bakat. jadi saya harus akur tentang perkara itu.

"Sebab itu saya jaga penampilan untuk kekal dalam industri dengan lebih lama selain menjaga kualiti nyanyian dan lagu," ujarnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan