Juara Idola Kecil, Danial Lanjut Pelajaran Di Sekolah Seni

Diterbitkan: Sabtu, 4 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Danial mahu mendalami bidang seni sebelum bergelar penyanyi apabila telah meningkat dewasa.
Danial mahu mendalami bidang seni sebelum bergelar penyanyi apabila telah meningkat dewasa.

PETALING JAYA: Juara program Idola Kecil musim keenam Danial mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia di Shah Alam, dekat sini bermula Khamis lalu.

Danial atau nama sebenarnya Danial Cheur Hamasiah, 13, berkata, dia memilih sekolah tersebut kerana mahu mendalami bidang seni secara menyeluruh sebagai persediaannya untuk bergelar penyanyi pada masa hadapan.

"Sejak masuk Idola Kecil lagi saya sudah berhasrat untuk memasuki sekolah itu semata-mata mahu mendalami bidang seni yang cukup saya minati sejak kecil.

"Saya cukup teruja apabila diberitahu diterima masuk ke sekolah berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Danial yang menyanyikan lagu When I Was Your Man dan sebuah lagu baharu, Bangkit pada pertandingan akhir yang di adakan di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam pada Sabtu lalu berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.

Sekolah Seni Malaysia merupakan sebuah sekolah menengah kelolaan Kementerian Pelajaran bagi mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni seperti seni visual, lakonan dan juga muzik

Dalam pada itu, Danial berkata, kemasukannya ke sekolah berasrama penuh itu adalah menyebabkan dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya yang menetap di Tawau, Sabah.

Bagaimanapun kata Danial, dia sudah bersedia untuk berdikari walaupun mengakui berasa sedih terpaksa berpisah dengan ibu-bapanya.

"Saya anak bongsu dalam keluarga dan cukup rapat dengan ibu dan bapa jadi pasti akan sedih terpaksa berjauhan dengan mereka.

"Tetapi ini adalah peluang untuk saya berdikari dan mempelajari bidang seni untuk masa depan saya," jelasnya.

Sementara itu, Danial berkata, dia akan mempertimbangkan sekiranya ada pihak yang ingin mengundangnya mengadakan persembahan atau pun merakamkan album selepas ini.

Jelas Daniel, dia yakin dapat membahagikan masa dengan baik dan akan mengutamakan pelajaran.

"Ini adalah impian saya sejak kecil dan peluang mengadakan persembahan atau merakamkan album akan saya pertimbangkan namun pelajaran akan menjadi keutamaan saya," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan