Zed Zaidi Selar Abu Bakar Omar Tiada Usaha 'Hidupkan' Seniman

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zed berharap masalah berkaitan Seniman dapat diselesaikan dengan segera bagi membolehkan aktiviti persatuan itu berjalan seperti biasa.
Zed berharap masalah berkaitan Seniman dapat diselesaikan dengan segera bagi membolehkan aktiviti persatuan itu berjalan seperti biasa.

PETALING JAYA: Ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mempersoalkan sikap berdiam diri pelakon Abu Bakar Omar selepas dia bersama teman-temannya berjaya mendapatkan pengisytiharan Mesyuarat Agung ke-14 (AGM) persatuan berkenaan tidak sah di mahkamah November tahun lalu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, tindakan Abu Bakar yang tidak melakukan usaha untuk memastikan AGM persatuan itu dilakukan menyebabkan banyak aktiviti persatuan tidak dapat diteruskan.

"Apa yang cuba dia lakukan saya sendiri tidak pasti kerana kemenangan di dalam tangannya. Tetapi sekarang dia berdiam diri pula.

"Dalam hal ini saya melihat perbuatannya terhadap Seniman menyebabkan persatuan seperti digantung tidak bertali sehingga ramai ahli tidak berpuas hati dan bertanyakan hal tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Tambah Zed, dia sendiri tidak mengetahui bilakah tarikh sebenar pemilihan jawatankuasa baharu persatuan dapat diadakan dan berharap Abu Bakar dapat bersuara mengenai hal ini.

"Bila hendak diadakan mesyuarat semula, itu kena tanya dengan Abu Bakar kerana dia yang membawa kes berkenaan ke mahkamah dan apabila sudah menang kes dia lepas tangan pula sehingga Seniman terabai dan tiada arah tuju," katanya.

Dalam pada itu, Zed berkata, penangguhan tersebut telah mengundang pelbagai masalah kepada ahli yang ingin berurusan dengan persatuan itu.

Katanya, peranan Seniman yang ingin menjadi pelindung golongan anak seni turut tergendala ekoran isu yang dibangkitkan sebelum ini.

"Macam-macam keluhan yang saya terima daripada ahli yang tidak berjaya mendapatkan bantuan, surat sokongan dan membuat aduan kepada Seniman kerana isu tersebut.

"Sebagai bekas presiden saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana ia kini di luar bidang kuasa saya," jelasnya.

Tambah Zed, sikap lepas tangan Abu Bakar terhadap isu tersebut telah merugikan semua ahli dan nasib mereka tidak dapat dibela.

Sementara itu, Zed berkata, dia menyerahkan kepada semua ahli Seniman sekiranya masih mahukan dia menerajui persatuan itu pada masa hadapan.

"Tentang itu saya tidak dapat menjawab kerana itu terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan," katanya.

Pada 21 November 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, di sini, adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.

Pada 25 Januari 2012, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap persatuan itu termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan