Lihat Isteri Jaga Anak Sentuh Hati Zahiril Adzim

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zahiril semakin bahagia sejak bergelar bapa.
Zahiril semakin bahagia sejak bergelar bapa.

PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim terharu dengan pengorbanan isterinya, Sheera Ayob yang sanggup menolak tawaran berlakon demi memberikan perhatian kepada anak sulung mereka, Nadi Anaqi yang kini berusia enam bulan.

Zahiril, 29, berkata, Sheera juga sentiasa berjaga malam bagi menyusukan anak mereka dan bangun pada awal pagi apabila Anaqi terjaga daripada tidur.

"Besar pengorbanan isteri saya menjaga anak kami sehingga sanggup menolak tawaran berlakon demi membesarkan sendiri zuriat kami.

"Kadang-kadang saya kasihan dengannya yang terpaksa berjaga malam kerana ingin menyusukan Anaqi," katanya kepada mStar Online.

Zahiril dan Shera menamatkan zaman bujang mereka pada 20 November 2011 di Ipoh, Perak.

Tambah Zahiril, mereka mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak ke pusat asuhan kerana bimbang dengan pelbagai cerita yang didedahkan di akhbar mengenai macam-macam kejadian buruk

"Dia masih kecil dan mungkin jika dia dah besar sikit kami akan hantar di ke taska dan Sheera boleh kembali bekerja seperti biasa," katanya.

Dalam pada itu, Zahiril berkata, hidup berkeluarga telah banyak mengubah dirinya dan dia lebih selesa meluangkan masa bersama keluarga jika tidak mempunyai komitmen.

Jelasnya lagi, kehidupannya juga semakin bermakna dengan kehadiran cahaya mata dan sentiasa merindukan anak dan isteri di rumah.

"Jika zaman bujang dulu boleh melepak tetapi bila dah kahwin perasaan untuk balik ke rumah dan berjumpa dengan anak lebih kuat," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahiril berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem Juvana 2 dalam masa terdekat selain bakal muncul dengan drama bersiri terbaharunya berjudul Aku Ada Wali di samping Siti Saleha.

Aku Ada Wali turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Aida Jebat, Zoey Rahman dan Sabhi Sadhi.

Ia bakal disiarkan di TV Al-Hijrah bermula 14 Januari depan pada setiap hari Selasa pukul 10 malam.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan