Kematian Nelson Mandela Buka Hati Oprah Winfrey Untuk Kahwin

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oprah bersama tunangnya, Stedman Graham.
Oprah bersama tunangnya, Stedman Graham.

PENGACARA terkenal Amerika Syarikat, Oprah Winfery mungkin mengambil keputusan untuk berkahwin dengan tunangnya, Stedman Graham selepas menghadiri upacara pengebumian bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela baru-baru ini.

Menurut laporan National Enquirer, pasangan itu bercadang untuk berkahwin selepas 20 tahun mengikat tali pertunangan selepas tersentuh dengan kematian ahli politik terkenal itu dan merasakan sudah masanya mereka berkahwin.

Sumber memberitahu Stedman tidak mahu melepaskan Oprah begitu sahaja dan mahu hidup dengan wanita itu sehingga ke akhir hayatnya.

"Kehadiran mereka pada upacara pengebumian Nelson yang penuh emosi itu telah menyedarkan mereka bahawa hidup ini singkat dan kita perlu sentiasa berada dengan insan tersayang.

"Bertitik tolak daripada itu, mereka sedang menimbangkan untuk berkahwin selepas 20 tahun bertunang," kata sumber itu.

Malah Stedman pernah memberitahu, Oprah adalah teman hidupnya paling setia dan mahu dikebumikan bersebelahan dengan wanita itu sekiranya dia meninggal dunia.

Rakan-rakan berharap Stedman akan melamar Oprah pada hari jadinya yang ke 60 tahun tidak lama lagi.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan